Followers

Tuesday, April 1, 2008

Projek Mengkarak Waterfront
































PROJEK MENGKARAK WATERFRONT.


Projek ini dikendalikan oleh Majlis Daerah Bera sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan prasarana luar bandar khususnya untuk mengerakkan industri pelancongan kepada Daerah Bera umumnya dan Kampung Mengkarak dan Kampung Kampung Tradisional di tepi sungai Pahang. Bagaimana ilham projek ini diperolehi ? Sekitar tahun 1995 hingga 2000, Persatuan Belia 4B Kg Mengkarak merupakan sebuah Persatuan Belia yang sangat aktif. Selain menjalin hubungan baik dengan JKKK Kampung dan pihak pihak kepimpinan Parlimen, Belia Belia Kg Mengkarak acapkali mengadakan aktiviti berakit dari Kg Mengkarak hingga ke Bandar Pekan. Aktiviti pada tahun 2000 telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Sarit Yusoh ( Ahli Parlimen Temerloh ) di lokasi Tanjung Pelangi ( Tanah Mohd Shah Mohd Ali ). Satu cadangan oleh belia kepada YB Ahli Parlimen adalah untuk pihak Kerajaan menyediakan sebuah jeti ( waterfront ) untuk kemudahan orang ramai bagi aktiviti memancing atau riadah sungai. Prospek aktiviti yang difikirkan juga melibatkan kaki pancing dan kaki ekspedisi berakit dari luar negeri pahang amalah luar negara. Idea ini telah mendapat sokongan YB Dato Srit dan seterusnya dimasukkan kedalam rancangan pembangunan luarbandar bagi mendapatkan peruntukan. Projek telah dimulakan namun, konsep dan rekabentuk yang diluluskan sebenarnya sangat berbeza dengan idea asal belia, dan apa yang telah dilaksanakan kurang mengambilkira struktur tanah dan arys sungai yang tentunya amat berisiko terutama yang melibatkan hakisan...akibatnya sehingga artikel ini ditulis..projek ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya dan ianya terus menjadi satu projek yang kurang memberi faedah kepada semua...apa pendapat saudara saudari ?

2 comments:

akumasihdisini said...

bagi saya ianya 1 pembaziran yang nyata oleh kerajaan barisan nasional...alangkah baiknya jika wang jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk projek waterfront digunakan untuk tujuan yang lebih bermanafaat seperti projrk perumahan rakyat termiskin dan sebagainya

jamaludin othman said...

projek nie memang agak tidak terancang dgn baik tapi jika ianya boleh memajukan lagi kg takder salahnya. saya rasa projek nie utk kemudahan dan kesenangan penduduk kg. lagipun klu ada sungai eloklah gunakan dgn sebaik-baiknya. ada jugak pangkalan utk pemancing... lain laa kalau tak ada sungai...